Assalamualaikum para pembaca blog Akademi Alqudwah, hari ini kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bab yang mungkin ramai terlepas pandang dalam hal Tajwid ketika bacaan Alquran mahupun bacaan dalam solat.

Tahukah anda yang Makhraj sangat penting KERANA jika sebutan anda tidak tepat dan salah,maka makna perkataan boleh berubah dan jika di baca dalam solat dengan makhraj yang tidak tepat boleh menyebabkan solat anda kurang sempurna malah lebih teruk lagi solat anda ditolak.

Maka jangan dipandang remeh tentang sebutan huruf ini,apa beza Ha Pedas dengan Ha simpul ? Sebutan Zal dan Zai ? 

Jadi jom kita bedah sama-sama mengenai bab ini dibawah :-

Makhraj huruf bermaksud tempat keluar sebutan huruf-huruf hija’iyyah.

Terdapat 5 pembahagian umum kesemuanya. Di dalamnya pula terdapat 17 makhraj huruf khusus.

  1. Al-Halq (Halqum/Kerongkong)
  2. Al-Lisan (Lidah)
  3. As-Syafatain (Bibir)
  4. Al-Jauf (Rongga Mulut)
  5. Al-Khaisyum (Rongga Hidung)

1. Al-Halq (الْحَلْقُ)

  • Ia bermaksud kerongkong tekak atau halkum.
  • Teradapat 6 huruf kesemuanya yang keluar dari kerongkong tekak, iaitu خ غ ع ح ه ء ). 6 ) Huruf Halqi tersebut pula terbahagi kepada 3 bahagian khusus:
  • Hujung Kerongkong ( غ خ)
  • Tengah kerongkong ( ع ح)
  • Pangkal kerongkong: (ء ه )

2. Al-Lisan ( اللِّسَانُ)

    • Ia bermaksud lidah. Terdapat 18 huruf Lisan atau Lidah, iaitu:
    • ( ق ك ي ش ج ض ل ن ر ت د ط ث ذ ظ ص ز س)
    • Makhraj Lidah ini pula terbahagi kepada 10 bahagian khusus:

 

  • a) Pangkal lidah, berhampiran dengan kerongkong menyentuh bahagian anak tekak: ق ))
  • b) Pangkal lidah menyentuh lelangit belakang: ك ))
  • c) Tengah lidah ditekan ke lelangit atas: ش ج ي ))
  • d) Tepi atau sisi lidah (kiri atau kanan) dirapatkan pada gigi geraham atas (bahagian dalam): ( ض )
  • e) Hujung lidah ditekan ke gusi di atas gigi depan (bahagian dalam): ل))
  • f) Hujung lidah ditekan ke lelangit depan, sedikit ke belakang dari makhraj huruf Lam: ن ))
  • g) Hujung lidah diangkat ke lelangit atas, serta dilengkungkan sehingga terlihat lidah bahagian belakang: ر ))
  • h) Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi depan bahagian atas: ( ت ط د )
  • i) Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di hujung gigi depan bahagian atas: (ذ ث ظ )
  • j) Hujung lidah diletakkan ke belakang gigi depan bahagian bawah: ( ص ز س )

3. As-Syafatain ( الشَّفَتيْنِ )

    • Ia bermaksud bibir mulut. Terdapat 4 huruf Syafatain, iaitu: ( ب م و ف )
    • Makhraj ini ini hanya terbahagi kepada 2 bahagian khusus sahaja:
  • a) Bibir Bawah ditekan ke Gigi Kapak bahagian atas: ( ف)
  • b) Bibir Bawah dan Atas posisi rapat: ( ب م و)

4. Al-Jauf (الْجَوْفُ )

    • Ia bermaksud rongga mulut. Bagi makhraj huruf ini, ia merupakan makhraj khusus bagi huruf-huruf Mad yang dikeluarkan melalui Rongga Mulut.
    • Terdapat 3 huruf mad yang keluar dari rongga mulut, iaitu:
    • ( ا و ي)
    •  

5. Al-Khaisyum ( الْخَيْشُوم )

  • Ia bermaksud Rongga Hidung. Makhraj Khaisyum hanya khusus untuk ghunnah (dengung) sahaja. Dengung mestilah dikeluarkan melalui rongga hidung.
  • Dengung hanya berlaku pada huruf Mim م) ) dan Nun (ن )yang berbaris mati dan syaddah (sabdu) sahaja.
  • Gambar di bawah ini dinyatakan sekali contoh-contoh bacaan dengung:
Sampai disini sahaja post untuk kali ini,semoga memberi manfaat,jangan lupa untuk follow sosial kami untuk dapatkan update post terkini,
Sila like,komen dan share post ini.
Jumpa lagi di post akan datang
 
Untuk tahu info lebih berkaitan Akademi Alqudwah, follow, like dan share,