Khas untuk anda: Homebased Learning subjek al-Quran dan Bahasa Arab

Anda Sedang Mencari Tutor Bagi Pendidikan al-Quran Dan

Bahasa Arab?

al-Quran dan juga Bahasa Arab

Kepakaran kami adalah dalam membantu dan memudahkan tugas ibubapa dan para pelajar dalam pendidikan al-Quran dan juga Bahasa Arab

Pengalaman Selama 5 Tahun

Kami berpengalaman dalam bidang ini selama 5 tahun bermula dari tahun 2012 lagi

80 Buah Rumah Dan 160 Orang Pelajar

Kami telah mengajar secara peribadi di lebih kurang 80 buah rumah. Dan kami mempunyai sekitar 160 orang pelajar yang berdaftar.

100 Orang Tutor Dan Tenaga Pengajar

Kami mempunyai lebih daripada 100 orang tutor dan tenaga pengajar yang merupakan pakar di dalam bidang masing-masing

Siapa Kami Sebenarnya?

Kami merupakan Akademi al-Qudwah yang beroperasi dan berpangkalan di Bangi. Pengalaman selama 5 tahun yang kami ada didalam homebased learning pendidikan al-Quran dan Bahasa Arab telah menarik minat ramai ibubapa untuk menjadikan kami sebagai akademi utama bagi mencapai tujuan dan matlamat mereka dalam membentuk anak-anak yang celik al-Quran serta berupaya untuk mendalami dan menguasa bahasa syurga.

Tenaga pengajar dan tutor yang berdaftar dengan kami merupakan mereka yang pakar dan mempunyai cara pengajaran yang unik dan tersendiri dan mampu diikuti oleh semua.
Akademi al-Qudwah bukan hanya terhad kepada pengajian untuk anak-anak sahaja. Kami juga mempunyai tutor dan tenaga pengajar yang mampu membantu orang dewasa untuk menguasai ilmu al-Quran dan juga Bahasa Arab.

Antara servis yang ditawarkan

Akademi al-Qudwah

Iqra

  • Iqra Sekolah Rendah
  • Iqra Sekolah Menengah
  • Iqra Dewasa

Al-Quran

  • Al-Quran Sekolah Rendah
  • Al-Quran Sekolah Menengah
  • Al-Quran Dewasa
w

Bahasa Arab

  • Bahasa Arab UPKK/PSRA
  • Bahasa Arab PT3
  • Bahasa Arab SPM
  • Bahasa Arab Dewasa
Setakat ini, Akademi al-Qudwah menumpukan servis di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Johor.
Menerusi program yang dijalankan oleh Akademi al-Qudwah, kami menekankan beberapa perkara penting yang harus kami capai selaras dengan objektif kami untuk setiap servis yang kami laksanakan iaitu:

  • Kami memberikan penekanan kepada penguasaan makhraj dan sifat huruf
  • Kami akan menekankan dan memberikan latihan menulis bermula daripada huruf Hijaiyah sehinggalah penulisan ayat-ayat al-Quran yang bersambung sebagai nilai tambah kepada pelajar al-Quran.
Selain itu, nilai tambah lain yang bakal anda perolehi adalah bergantung kepada tutor anda itu sendiri. Jika beliau ada perkara-perkara atau ilmu-ilmu yang beliau ingin kongsikan, itu merupakan bonus untuk anda. Dan jangan risau, kesemua tutor dan tenaga pengajar Akademi al-Qudwah merupakan mereka yang sangat suka berkongsi ilmu.

TUNGGU APA LAGI?

Ingin Sertai Barisan Kami?

Kami juga ada menyediakan peluang untuk anda yang mempunyai kelayakan, pengalaman dan berminat untuk menjadi sebahagian daripada tenaga pengajar dan juga tutor Akademi al-Qudwah.

Selain dapat membantu lebih ramai umat Islam untuk menguasai al-Quran dan cabang ilmu bahasa syurga ini, kami juga ingin membantu anda yang mempunyai kepakaran untuk meningkatkan taraf hidup anda dengan memberikan manfaat kepada orang lain.

Anda boleh mendaftar dengan Akademi al-Qudwah dan menjadi tutor untuk kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kediaman anda.

Bagi anda yang bekerja dan berkeinginan untuk mengisi masa lapang serta menambah pendapatan disamping mengajar, anda juga kami alu-alukan untuk menyertai Akademi al-Qudwah.

Hasrat kami adalah untuk mempunyai seramai mungkin tenaga pengajar dan juga tutor di seluruh negara untuk sama-sama kita melahirkan generasi yang celik al-Quran dan fasih berbahasa Arab.

Kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua kedalam keluarga besar kami dan kita akan bersama-sama untuk menyebarkan manfaat dan ilmu kepada umat sejagat.

Hubungi kami sekarang di Akademi al-Qudwah untuk informasi lanjut.