Akademi Qudwah

KANAK-KANAK INDIA PUN BOLEH BERBAHASA ARAB

KANAK-KANAK INDIA PUN BOLEH BERBAHASA ARAB

.

.

Jadi, jangan fikir bahasa Arab itu susah nak hadam yer…

 

Sekitar November tahun lalu seorang kanak-kanak India di Johor menjadi viral apabila dia fasih membaca beberapa doa dalam bahasa Arab. 

 

Ini bukan cerita dongeng ya… Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Facebook bernama IsmaJannah yang merupakan guru di tadika kanak-kanak bernama Reshan itu.

Isma turut berkongsi maklumat melalui hantaran yang dimuat naik yang mengatakan kanak-kanak tersebut boleh membaca beberapa doa seperti doa makan dan doa belajar dalam bahasa Arab.

Sementara itu, kalau ada yang perasan, Harian Metro online pada 16 Ogos 2016 pernah menyiarkan artikel tentang seorang kanak-kanak India di Kuantan, Pahang yang menjadi viral kerana pandai menyebut perkataan ‘HALIB’ dalam bahasa Arab yang membawa maksud susu ketika usianya 3 tahun!


Apabila diselidiki, rupa-rupanya dia menggunakan bahasa Arab sebagai medium perbualan di rumah ketika keluarganya menetap di Arab Saudi, seterusnya menjadikan kanak-kanak bernama Thanhya yang berusia 11 tahun itu fasih bertutur bahasa Arab.


Hal ini kerana, bapanya, K Puspakaran, 46, bertugas sebagai pensyarah di Prince Sultan University, Riyadh, Arab Saudi.

Sumber : FB IsmaJannah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top