Akademi Qudwah

Panik betul dengan wabak Influenza A dan Coronavirus!

Selama ini mungkin ada yang buat tak kisah atau mungkin tak tahu tentang wabak influenza. 

Tapi bila dah kecoh tentang bahaya influenza A, ramai yang panik nak dapatkan vaksin. Sampai semua stok vaksin habisss di klinik2 mahupun di hospital.

Paling haru, kedai-kedai farmasi turut diserbu kerana orang ramai membuat pembelian secara panik spray yang dikatakan dapat menghapuskan virus.

Belum sempat nak tarik nafas lega pasal Influenza, datang pula wabak baru iaitu Coronavirus. Adoi, lagi panik orang ramai.

Itulah kalau kita sedar pentingnya vaksin untuk menghalang kita dan anak2 daripada dijangkiti penyakit yg boleh membawa maut.

Bagaimana dengan bahasa Arab? Baca al-Quran? Adakah kita peduli kesannya tak tahu bahasa Arab dan tak baca al-Quran?

Kalau kita sedar, pasti ramai yang berlumba2 belajar bahasa Arab dan setiap hari tak miss baca al-Quran.

Bukan apa, jika kita tahu serba sedikit bahasa Arab, kita akan faham pengisian doa yang dibaca. Seterusnya kita dapat khusyuk di dalam solat dan faham tatkala membaca al-Quran.

Terlalu banyak manfaatnya kalau kita baca al-Quran dan fahami maksudnya kepada kita.

Sehubungan itu, walau sesibuk mana sekalipun urusan kerja dan aktiviti yang dilakukan dalam sehari, kita tetap diperingatkan supaya tidak meninggalkan amalan membaca al-Quran.

Membaca al-Quran bermakna seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT.

Satu perkara yang perlu sentiasa terpahat pada hati dan fikiran setiap Muslim adalah membaca al-Quran itu bukan hanya mampu memperoleh pahala bacaannya sahaja, malah ia bakal menjadi penyelamat, pelindung serta syafaat kepada pembacanya pada hari akhirat kelak.

 

Umamah al-Bahili meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Bacalah al-Quran. Pada hari kiamat, ia akan memberi syafaat kepada orang-orang yang membacanya.” (Sahih Muslim).

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : “Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air”. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, ” Dengan banyak mengingati mati dan membaca Al Quran.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top