Tapi sedih! Ramai yang pandang sebelah mata atau tak peduli tentang bahasa Arab. Lagi bagus kalau kerajaan juga memainkan peranan memartabatkan bahasa Arab dalam kalangan rakyat.
Seperti negara jiran dipercayai Indonesia, Singapura dan Thailand melahirkan ramai anak-anak muda yang celik bahasa Arab.
Persoalan sekarang, mengapa setiap Muslim kena mempelajari bahasa Arab?
Walaupun bukan tahap pakar atau 100%. Tapi at least 50% sehingga mereka boleh terus faham serba sedikit tanpa perlu kerap merujuk terjemahan ketika membaca al-Quran.
Ala apa susah-susah nak belajar? Boleh saja rujuk kitab terjemahan. No! Tak sama ok.
Kalau kita sendiri yang belajar, kita akan directly faham apa yang dibaca dalam solat. Barulah kita dapat merasai nikmat dan benar-benar merasai yang kita sedang berkomunikasi dengan Allah S.W.T. Jadi, dengan belajar bahasa Arab kita boleh menambahkan khusyuk dalam solat.
Jika kita menghafal ayat al-Quran sahaja, kita mungkin tidak dapat merasai perasaan yang membuatkan para sahabat Rasulullah S.A.W dahulu menangis ketika solat. Begitu juga tatkala mereka membaca al-Quran.
Ini kerana, kebanyakan kita hanya solat dan membaca al-Quran tanpa memahami apa yang dibaca. Sebab itu kita tidak menikmati solat dan al-Quran yang kita baca.