Ok sebelum kita terang lebih lanjut tentang persamaan itu, kita nak tanya sikitlah.
Siapa pernah mengalami situasi seperti di bawah ini?
Anda sudah berusaha keras mencuba pelbagai cara untuk belajar bahasa Arab. Sama ada secara modul, ke kelas bahasa Arab, beli buku bahasa Arab dan juga belajar secara online. Namun, tetap tidak berhasil.
Maka, lama kelamaan anda mula berasa bosan.
Ok ini jawapannya…
Bayangkan anda sedang membuat kek. Sudah tentu kita akan berpandukan resepi dan ikut step by step. Namun, kalau kita tak ikut step dan sukatan bahan yang sepatutnya, sudah tentu kek menjadi ‘bantat’. Sama jugalah dalam kita belajar bahasa Arab.
Survey menunjukkan, kegagalan seseorang itu menguasai bahasa Arab disebabkan kerana teknik dan langkah belajarnya adalah salah.
LANGKAH 1:
Berlatih mengucapkan bunyi huruf-huruf dalam bahasa Arab.
Tsa’ (Tsa – Tsi – Tsu)
Ha’ (Ha’ – Hi’ – Hu’)
Kho (Kha – Khi – Khu)
Dzal (Dza – Dzi – Dzu)
Syin (Sya – Syi – Syu)
Shod (Sha – Shi – Shu)
Dhood (Dha – Dhi – Dhu)
‘Ain (‘A – ‘I – ‘U)
Ghain (Gha – Ghi – Ghu)
Qoof (Qa – Qi – Qu)
Anda boleh saksikan video daripada guru-guru bahasa Arab untuk sebutan yang betul dan tepat.
LANGKAH 2:
Berlatihlah menghafal dan menggunakan kosa kata yang paling sering anda jumpa dalam kehidupan sehari-hari.
Contoh:
Selamat Pagi = Sobahul khair
Boleh juga menyebut perkataan bahasa Arab secara berlagu supaya mudah untuk mengingati.
Selain itu, boleh juga rujuk buku MAHIR ARAB DARI AL QURAN.