Teruskan membaca…

Bertuahnya anda dibukakan pintu hati untuk belajar bahasa Arab. Sebab anda akan tahu ‘rahsia’ bahasa al-Quran ini.

Sebenarnya bahasa Arab bukanlah susah sangat seperti yang anda fikirkan.


1. Pupuk minat sejak dari kecil

Ramai yang pupuk anak bercakap bahasa Inggeris sejak dari kecil. Setiap masa nak speaking je dengan anak-anak. 

Tak salah cakap bahasa Inggeris dengan anak. Sebabnya ketika kecil inilah anak-anak mudah menyerap apa yang diajar kepadanya. Cuma, apa kata selain bahasa Inggeris, serapkan bahasa Arab dalam minda mereka. Sebagai contoh, perkataan alhamdulillah atau Insya-Allah. Lagi bagus, jika kita faham dan dapat memahamkan anak-anak maksud dari doa dan zikir harian.

Sebenarnya, banyak cara lagi untuk pupuk minat anak supaya menyukai dan menguasai bahasa Arab. Contohnya, jika ada anak-anak yang masih kecil. Boleh tunjukkan kartun berbahasa Arab kepada mereka. Ataupun belikan kamus bergambar supaya terbiasa dengan perkataan-perkataan Arab.

Lama kelamaan mereka akan seronok belajar bahasa Arab.

2. Bimbingan guru

Ada yang mengadu makcik umur dah 50 tahun tapi tak tahu bahasa Arab. Setiap kali baca Quran mesti rujuk terjemahan. Itu pentingnya belajar bahasa Arab mesti perlu berguru. Sebab, sangat banyak perkara yang memerlukan penerangan dan contoh. Untuk menguasai bahasa Arab dengan baik mesti kena berdampingan dengan guru.

Namun, ada juga yang yang kata tiada kenderaanlah mahu pergi belajar. Kalau panggil guru datang rumah kadang kita ada hal-hal kecemasan yang tak dapat dielakkan.

Sambil baring pun boleh belajar bahasa Arab?

Tak perlu risau… Sebab sekarang sudah ada cara begitu mudah belajar bahasa Arab. Semua orang boleh belajar bahasa Arab melalui online. Klik sini untuk dapatkan 3 video kelas Bahasa Arab Percuma

3. Menghafal kosa kata bahasa Arab

Asas penting dalam menguasai bahasa Arab dengan baik adalah kemahiran kosa kata. Semakin banyak yang kita tahu, semakin yakin dalam mempelajari bahasa Arab. Mustahil bagi orang yang nak belajar bahasa arab, tapi tak tahu kosa kata bahasa Arab.

Tools yang diperlukan untuk menghafal kosa kata adalah kamus dan buku. Ada macam-macam jenis kamus dan buku yang dijual di pasaran. Namun, pemilihan kamus yang baik juga membantu anda lebih cepat dan mudah untuk menghafal kosa kata Arab.

Antara buku yang boleh dirujuk adalah Mahir Arab Dari al-Quran.

Jom Kongsi Tentang Kami
Open chat
Assalamualaikum,boleh kami bantu ?