Baru-baru ini viral tentang satu perkongsian wanita yang mana dia mempertikaikan keperluan belajar Bahasa Arab.
Bahkan, wanita itu mempertikaikan apa gunanya belajar Bahasa Arab di sekolah kebangsaan berbanding Bahasa Mandarin yang disifatkan boleh diaplikasikan ke dalam pekerjaan yang rata-rata majikan berkehendakkan kemahiran tambahan itu.
Allah, sedihnya dengar. Berapa ceteknya pemikiran wanita beragama Islam itu.
Untuk akak itu, dan juga mereka yang masih tak tahu kepentingan Bahasa Arab, Meh nak beritahu kenapa kita kena belajar Bahasa Arab?
Kita kena belajar Bahasa Arab kerana ia Bahasa al-Quran. Kita solat lima waktu, kita guna Bahasa apa? Ya, Bahasa Arab.
Bahkan, solat kita kesemuanya dalam Bahasa Arab. Doa yang datang dari Nabi kita (SAW), kesemuanya dalam Bahasa Arab.
Mesti ada yang kata, Ala…Solat tu dah rutin dan dah hafalpun. Jadi buat apa nak Belajar lagi Bahasa Arab?
Anda yakin ke bacaan dalam solat anda tu sah. Sebutan Bahasa Arab anda itu betul?
Selain itu, antara cara nak khusyuk dalam solat adalah mengetahui Bahasa Arab. Ini, kalau apa yang kita baca sekadar baca tanpa mengetahui maknanya, kita tidak akan khusyuk. Bila Kita tak khusyuk, solat kita tidak sah.
Sungguh malang jika seorang Muslim itu tidak berbangga dengan Bahasa Arab. Kerana sesungguhnya Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab.
Didiklah anak mempelajari Bahasa Arab sejak kecil. Disebabkan itu perlunya Bahasa Arab di sekolah kebangsaan. Malah, apabila meningkat usia seperti kakak itu, kebarangkalian kita sudah lupa bahasa Arab. Jadi, itu pentingnya kita belajar semula Bahasa Arab.
INGAT BAHASA ARAB, INGAT AKADEMI ALQUDWAH
Tamat.