Sedihkan, kalau kita mengaji al-Quran tetapi kita tak faham apa yang kita baca. Kita main langgar sahaja ilmu Tajwid dalam al-Quran.
Sayang seribu kali sayang. Niat nak baca al-Quran tu dah bagus tetapi kita main langgar sahaja hukum Tajwid. Membaca al-Quran tanpa disertai dengan Tajwid yang betul, hukumnya adalah berdosa.
Ok, kami di Akademi Alqudwah ingin membantu anda. Hari ini, kami ingin berkongsi mengenai hukum Tajwid Izhar Halqi.
Mari kita tengok dahulu pengertian apa itu Izhar Halqi
Izhar bererti jelas atau nyata.
Halqi bererti kerongkong.
Izhar bermaksud mengeluarkan sebutan huruf daripada makhrajnya tanpa tambahan pada dengung.
Huruf-hurufnya: 6 huruf yang keluar daripada kerongkong.
Tanda-tanda bacaan:
Terdapat tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang selari.
Cara bacaan:
Hujung lidah ditekan ke gusi depan sebelah atas (makhraj huruf ن) dan membawa suara ke pangkal hidung sekadar untuk mera’ikan sifat tawassut. Hendaklah berhati-hati agar tidak berlaku saktah.
Semoga perkongsian daripada Akademi Alqudwah ini membawa manfaat pada tuan-tuan dan puan-puan. Ingat ilmu Tajwid, Ingat Akademi Alqudwah.
#akademialqudwah
#nakbelajarbahasaarab
#nakbelajarQuranic
#nakbelajarbahasaarabpasar
#tajwid