Akademi Qudwah

Mudah dapat kerja dengan bahasa Arab?

Untunglah siapa yang tahu bahasa Arab.. Bukan apa, bayangkan kalau kita pergi temuduga di sebuah syarikat milik Arab Saudi. Dengan kelebihan anda berkomunikasi dalam bahasa Arab, ia menjadi ‘PLUS POINT’ untuk anda. Seterusnya anda akan ditawarkan bekerja di syarikat berkenaan.

 

Itu saja ke kelebihan belajar bahasa Arab??? Berapa banyak syarikat milik Arab Saudi di Malaysia? Nanti dulu. Banyak lagi manfaat lain.

 

Sebenarnya dengan kemahiran bahasa Arab, anda pasti akan diberi kepercayaan menjadi petugas HAJI dan MUTAWIF UMRAH. Kalau nak tahu, terdapat sebanyak 68 buah agensi pengelola umrah yang berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi. Salah satu daripadanya Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Fa Izin International Travel & Tours Sdn. Bhd.

Pendapatan Sampingan

Selain itu, sedar atau tidak, terdapat banyak kerja yang anda boleh lakukan dengan kemahiran bahasa Arab untuk menambah pendapatan anda. Contohnya adalah seperti menterjemahkan pelbagai jenis dokumen dalam bahasa Arab ke bahasa Melayu.

Anda juga boleh menjadi interpreter atau jurubahasa Arab untuk majlis-majlis rasmi atau formal dan lain-lain lagi.

Bukan itu saja, anda juga boleh menjadi penulis sambilan untuk majalah atau surat khabar dalam bahasa Arab. Bahkan, menjadi tutor atau membuat kelas-kelas tuisyen di kawasan anda juga boleh membantu anda membuat pendapatan sampingan. Menarik bukan?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top