Akademi Qudwah

DULU SAYA MAIN-MAIN SEBUT ASTAQHFIRULLAH HAL ADZIM, SUBAHANALLAH MASYA-ALLAH

Kadang-kadang kita buat ucapan tersebut pada tempat yang salah mengikut situasi.

.

Tapi ada satu insiden tu yang buat saya tersedar dan tak apply perkataan bahasa Arab tu secara main-main.

.

Saya ditegur oleh seorang ustaz tatkala mulut laju sebut مَا شَاءَ ٱللّٰهُ Masya-Allah selepas melihat wanita cantik memakai baju mengikut badan.

Bukan saya berniat apa-apa, cuma rasa terkejut melihat pakaian yang dipakai wanita itu kerana ia terlalu seksi.

.

Sedangkan kalimah itu membawa maksud “Apa-apa yang Allah kehendaki”. Hakikatnya, Allah Taa’la tidak pernah sama sekali berkehendaki wanita-wanita berpakaian seksi.

Jika anda tergolong dalam golongan di atas ini, haa jangan lagi mulut laju nak sebut ya. Seelok-eloknya belajarlah asas bahasa Arab agar kita tahu setiap perkataan bahasa Arab yang kita tuturkan.

Kalimah yang sesuai sepatutnya,

ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ

(Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top