Menuntut Ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap Muslim terutamanya Ilmu Agama agar selamat di Dunia dan juga di Akhirat. Tingginya darjat orang yang berilmu seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran Surah Al-Mujadilah Ayat ke-11 (58:11)
وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا فَانْشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat.
Tingginya darjat orang yang berilmu bukan hanya di dunia tetapi di akhirat juga nanti. Ini menunjukkan tingginya kedudukan orang yang berilmu di sisi Allah Azza Wa Jalla.
Betapa mulianya ilmu di sisi Allah kerana dengan ilmu akan membimbing seseorang kebaikan hidup, kesempurnaan iman dan seterusnya mencapai Ma’rifatullah (Mengenal Allah) iaitu suatu tahap mengenal Allah dengan lebih mendalam.
Ilmu menjadi alat untuk mengenal dan mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi panduan seseorang untuk hidup di dunia serta menjauhi larangan-Nya. Dengan ilmu juga akan muncul sikap taqwa dan takut kepada Allah.
Antara mutiara kata dalam bahasa arab yang terkenal berkaitan ilmu iaitu:
أُطْلُبُوا الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ اِلىَ اللَّهْدِ
“Utlubul ‘ilma minal mahdi ilal lahdi”
Artinya : “Tuntutlah ilmu sejak dari buaian sampai liang lahat”
Oleh itu, wajib bagi setiap Muslim menuntut ilmu di mana-mana atau bila-bila masa sahaja tidak kira muda atau tua. Semakin tinggi ilmu seseorang maka tinggilah nilai atau darjatnya di sisi Allah Azza Wajalla.
Wallahu’Alam.
APA KEPERLUAN BELAJAR BAHASA ARAB?
Baru-baru ini viral tentang satu perkongsian wanita yang mana dia mempertikaikan keperluan belajar Bahasa Arab. Bahkan, wanita itu mempertikaikan apa gunanya belajar Bahasa Arab di
Sedihlah baca al-Quran tapi Tajwid berterabur
Sedihkan, kalau kita mengaji al-Quran tetapi kita tak faham apa yang kita baca. Kita main langgar sahaja ilmu Tajwid dalam al-Quran. Sayang seribu kali sayang.
9 Tips Mencari Kebahagiaan Hidup
Siapa yang tidak mahu bahagia? Semua orang menginginkan kebahagiaan. Ramai orang berfikir dengan harta melimpah ruah, dia akan bahagia. Ternyata dia silap. Ada juga
Cara Mudah Nak “MOVE ON”
1) Reformat dan refresh diri korang – Jadi korang kena reformat and refresh balik diri korang untuk jadi lebih berdikari. Kata dekat diri korang
Pentingnya Tuntutan Menuntut Ilmu
Menuntut Ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap Muslim terutamanya Ilmu Agama agar selamat di Dunia dan juga di Akhirat. Tingginya darjat orang yang berilmu seperti
Hebatnya Mutiara Kata “Man Jadda Wajada”
مَنْ جَدَّ وَجَدَ Barang siapa bersungguh-sungguh, maka dia akan mendapatkan (kejayaan) Mutiara kata ini cukup popular dan tidak asing lagi bagi yang pernah belajar bahasa