Mesti ada yang mengeluh dan tertanya-tanya kenapa susah sangat nak ingat apa yang dibaca.
Ada sesetengah tu lepas dua, tiga hari mula lupa apa yang dibaca dan dihafal.
Sebenarnya ada banyak cara untuk otak kita menyerap apa yang kita belajar.
1) Mengulangkaji sedikit demi sedikit.
Daya mengingat manusia sebenarnya terhad. Otak manusia tidak mampu untuk memproses dan mengingat banyak maklumat yang datang sekaligus pada satu masa. Ia perlukan masa untuk memproses dan juga untuk mengingat. Pada masa sama fokus beberapa topik kecil bahasa Arab dahulu sebelum beralih pada topik yang lebih besar.
2) Belajar guna pelbagai deria
Sebenarnya memori manusia lebih mudah terangsang kalau belajar menggunakan pelbagai deria. Sebagai contoh, ketika membaca buku atau menonton video belajar bahasa Arab, cuba catit ke dalam buku sambil menyebut sehingga deria telinga kita dengar. Insya-Allah, cara begitu lebih mudah untuk anda mengingat.
3) Menggunakan imej atau video sebagai bantuan
Memori manusia lebih mudah mengingat imej atau video berbanding melihat perkataan ataupun fakta.
4) Jangan belajar ketika penat
Otak kita akan berfungsi dengan lebih baik jika tidak penat atau stress.
5) Ikhlaskan niat dan perbanyakkan amalan kepada Allah.
Kagumkan pada mereka yang mudah dan pandai berbahasa Arab? Lebih cemburu, jika mereka juga mampu menghafal sebuah al-Quran.
Antara tip para hafiz al-Quran adalah dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seharian. Amalan-amalan sunat ini adalah pembersih hati.
Kata Imam Syafie, “Ilmu ini umpama cahaya. Cahaya susah untuk memasuki hati yang dipenuhi oleh titik-titik hitam (iaitu dosa)”.
Jadi, cuba elakkan diri daripada melakukan dosa kepada Allah, ini termasuklah dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa kecil inilah yang kelak memenuhi hati-hati kita, dan menyukarkan kita untuk mengingat ilmu-ilmu yang kita baca.
Wallahu’Alam.