Beruntungnya bagi sesiapa yang ambil peluang untuk khatam al-Quran pada bulan Ramadan. Bukan apa, terlalu banyak syafaat yang diperoleh bagi mereka yang rajin baca al-Quran.
Dari sahabat Abu Umamah Al-Bahili Radhiallahu ‘anhu: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah oleh kalian al-Quran, kerana ia (al-Quran) akan datang pada Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafaat bagi orang-orang yang rajin membacanya. (HR. Muslim 804).
Bagi yang tidak berjaya khatam al-Quran pada bulan Ramadan hari itu, jangan risau tanamkan dalam hati untuk khatam al-Quran sebulan sekali selepas ini.
1. Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.
2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.
3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
2 muka surat sebelum solat fardhu
2 muka surat selepas solat fardhu
Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insya-ALLAH kita bakal mengkhatamkan al-Quran yang padanya ada 30 juzuk itu.
Dan lagi bagus jika baca al-Quran secara mahir dan bertajwid.
Dari Ummul Mu`minin ‘Aisyah d berkata, bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ وَهُوَ مَاهِرٌ بِهِ مَعَ السَّفَرَةِ الكِرَامِ البَرَرَةِ، وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أجْرَانِ
((متفقٌ عَلَيْهِ))
“Yang membaca Al-Quran dan dia mahir membacanya, dia bersama para malaikat yang mulia. Sedangkan yang membaca Al-Qur`an namun dia tidak tepat dalam membacanya dan mengalami kesulitan, maka baginya dua pahala.” (Al-Bukhari 4937, Muslim 244)
Mostbet Casino: A Melhor Plataforma de Casino Online para Jogadores Portugueses Com o mercado de casinos online em rápido crescimento, Portugal registou um aumento de

APA KEPERLUAN BELAJAR BAHASA ARAB?
Baru-baru ini viral tentang satu perkongsian wanita yang mana dia mempertikaikan keperluan belajar Bahasa Arab. Bahkan, wanita itu mempertikaikan apa gunanya belajar Bahasa Arab di

Sedihlah baca al-Quran tapi Tajwid berterabur
Sedihkan, kalau kita mengaji al-Quran tetapi kita tak faham apa yang kita baca. Kita main langgar sahaja ilmu Tajwid dalam al-Quran. Sayang seribu kali sayang.

9 Tips Mencari Kebahagiaan Hidup
Siapa yang tidak mahu bahagia? Semua orang menginginkan kebahagiaan. Ramai orang berfikir dengan harta melimpah ruah, dia akan bahagia. Ternyata dia silap. Ada juga

Cara Mudah Nak “MOVE ON”
1) Reformat dan refresh diri korang – Jadi korang kena reformat and refresh balik diri korang untuk jadi lebih berdikari. Kata dekat diri korang

Pentingnya Tuntutan Menuntut Ilmu
Menuntut Ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap Muslim terutamanya Ilmu Agama agar selamat di Dunia dan juga di Akhirat. Tingginya darjat orang yang berilmu seperti
