Gelombang dunia teknologi masa kini memudahkan segalanya. Jika dahulu, kaki shopping misalnya, terpaksa menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk keluar membeli barang yang diinginkan. Namun kini semuanya di hujung jari.
Masakan tidak, sudah terlalu banyak aplikasi online yang terdapat di Malaysia. Pendek kata, sambil bersantai atau baring sekalipun dapat membuat rujukan atau pembelian.
Okey, di bawah ini terdapat 5 aplikasi online terbaik untuk pengguna:
1) Aplikasi Online Membeli-Belah
Sudah tentu aplikasi online yang paling menarik perhatian orang ramai adalah aplikasi membeli-belah. Terdapat banyak aplikasi membeli-belah yang popular di Malaysia seperti Shopee, Lazada, Mudah.my, Zalora dan Fashion Valet.

2) Aplikasi Belajar Secara Online
Sebelum ini, mesti ada yang beranggapan bahawa belajar itu harus ke kelas. Hakikatnya, saat ini sudah banyak aplikasi belajar secara online yang dibangunkan syarikat-syarikat.
Pakar-pakar bahasa di dalam hampir semua bidang mewujudkan program dan kursus mereka sendiri secara online untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan penonton di mana-mana sahaja. Antara aplikasi belajar secara online yang terbaik adalah Akademi al-Qudwah yang memfokuskan pengajian bahasa Arab dan al-Quran menerusi video, live, tutorial dan ebook. Selain itu, terdapat CMN Academy yang memfokuskan pada pembentukan melahirkan tutor yang bermutu dan menawarkan tuition secara online.


4) Aplikasi Online Cari Jodoh
Haa, nak cari jodoh pun sekarang orang guna aplikasi online. Tak ada dah mengorat cara kuno tanya ‘jam pukul berapa’ lagi dah. Sebenarnya terdapat banyak online cari jodoh di Malaysia seperti Muslima, Tilljannah, Myjodoh.net dan Baituljannah yang memfokuskan Muslim sahaja.

5) Aplikasi Online Jual Barang Preloved
Ada kalanya kita berasakan barang di rumah sudah terlalu banyak sehingga tidak mempunyai ruang lagi untuk menyimpan. Nak buang sayang sebab keadaan barang masih elok. Sebenarnya, ada beberapa aplikasi online yang anda boleh jual barangan terpakai. Sebagai contoh aplikasi online eBay, Lelong, Mudah.my dan Carousell.
